timun cina | tembikai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembikai | sj tumbuhan (herba memanjat dan buah), betika, semangka, timun cina, Citrullus vulgaris; kemendikai, mendelikai, mendikai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semangka I | sj tumbuhan (herba menjalar), mendelikai, mendikai, tembikai, temikai, timun cina, Citrullus vulgaris; ~ belanda sj tumbuhan (herba menjalar), Cucumis melo. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Makau | nama sebuah pulau di selatan negeri China; benang ~ benang emas atau perak; sambal ~ Kd sambal yg dimakan dgn timun; wayang ~ wayang Cina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timun | sj tumbuhan (pokok menjalar), mentimun, Cucumis sativus; ~ cina tembikai; bagai ~ dendang, di luar merah di dlm pahit prb mulut manis hati busuk; ® mentimun I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awan | 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-kemawan awan yg berkepul-kepul; ~ kerawang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg berpindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ telepok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg terbang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, membumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemuncak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehendaki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |