utara semata timur | = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utara I | arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orientalis /oriéntalis/ | orang yg mempelajari bahasa, kebudayaan bangsa-bangsa Timur, terutamanya Timur Jauh (spt Melayu, Jepun dll). | Kamus Pelajar |
timur I | 1. arah tempat terbitnya matahari; ~ laut arah di antara timur dan utara; ~ menenggara = ~ tenggara = ~ padang arah di antara timur dan tenggara; angin ~ = angin timuran angin yg bertiup dr sebelah timur; bintang ~ bintang Zuhrah (Kejora); 2. Asia; bangsa (benua, orang) ~ bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing; T~ Dekat negara-negara Asia yg hampir dgn benua Eropah (spt Turki dll); T~ Jauh negara-negara Asia yg terjauh dr benua Eropah (spt China, Jepun, dll); T~ Tengah negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); ~ beralih ke sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan; ketimuran yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll Timur (Asia); adat (budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masyrik | Ar timur, negeri atau daerah di sebelah timur; dr ~ sampai ke maghrib dr timur sampai ke barat (seluruh dunia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orientalis | /oriéntalis/ orang yg mempelajari bahasa, kesusasteraan, kebudayaan bangsa-bangsa Timur, terutamanya Timur Jauh (spt Melayu, Jepun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timur | 1 arah tempat matahari terbit. 2 Asia: bangsa ~ bangsa Asia; orang ~ orang Asia. ~ Jauh negara-negara Asia yg letaknya jauh dr benua Eropah (spt Cina, Jepun). ~ laut arah di antara timur dgn utara. ~ menenggara (tenggara) arah di antara timur dgn tenggara. ~ Tengah negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). ketimuran keadaan atau hal yg berkaitan dgn bangsa Asia atau dgn benua Asia: adat ~ adat bangsa Asia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timur Tengah | negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timur Jauh | negara-negara Asia yg letaknya jauh dr benua Eropah (spt Cina, Jepun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timur II | kayu ~ kulit kayu yg dibuat ubat (drpd pokok Peltophorum petrocarpum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |