tinggal | 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: <i> ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kaciri>. | Kamus Pelajar |
tinggal | 1 segala sesuatu yg ditinggalkan; pusaka: <i> harta ~i> harta pesaka. | Kamus Pelajar |
tinggal | 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): <i>Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewati>. | Kamus Pelajar |
tinggal | 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: <i>Dlm perlumbaan itu Rosnah ~ di belakang sekalii>. | Kamus Pelajar |
tinggal | 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: <i>Ia ~ anaknya di rumahi>. | Kamus Pelajar |
tinggal | 1 menetap atau diam (di…): Ia sudah lama ~ di bandar. 2 masih ada di tempatnya; tidak ke mana-mana: Awak ~ di sini, saya hendak ke bandar sekejap. 3 berbaki; berlebih: Duitnya ~ dua ringgit selepas membeli-belah. 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. 5 dilalaikan; dicuaikan: Ke mana saja ia pergi, tidak pernah ~ sembahyang. 6 cuma; hanya: Persediaan utk kenduri sudah sedia, ~ bunga telur saja yg belum. 7 yg dikosongkan; tidak bertunggu lagi: rumah ~. ~ arwah sudah meninggal. ~ baka yg ada cuma keturunan. ~ tulang sangat kurus. tempat ~ rumah atau tempat yg didiami. meninggal, = ~ dunia mati. meninggalkan 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kinabalu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mempedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. tertinggal 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. ketinggalan 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 tercicir atau terkebelakang (dlm pelajaran, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai. peninggalan 1 segala sesuatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. sepeninggalan 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kacir. 2 selama atau pd ketika ditinggalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkurung | 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. memakai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meranting | 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkurung | 1 tinggal di dlm rumah atau di dlm bilik saja; tidak keluar-keluar dr rumah atau dr bilik: Sudah seminggu dia ~ di dlm bilik tidurnya. 2 memakai tanda kurung (bkn nombor, perkataan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menahun | 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah menjauhkan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (menghidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsinya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |