kompleks tinggi diri | keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bongkak | berperasaan tinggi diri; sombong: Orang yg ~, walaupun pandai, tentu dibenci oleh sahabat handai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bongkak | berperasaan tinggi diri; sombong: Orang yg ~, walaupun pandai, tentu dibenci oleh sahabat handai. | Kamus Pelajar |
takbur | berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keranggian | sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks tinggi diri | (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjung | bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai anjung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan memegang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak dinaikkan; 2. = menganjung-anjung, menganjung-anjungkan memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (perahu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melambungkan | 1. menaikkan atau membuang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambung I | naik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul ombak, dll); berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri; melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; melambungkan 1. menaikkan atau membuang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung menghempaskan penumpang di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks II | /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |