Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titian 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sirat IIAr 1. jambatan, titian; 2. titian (yg halus) yg melintasi neraka utk ke syurga.Kamus Dewan Edisi Keempat
titi= titian jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; ~ udara jambatan udara; bertiti mempunyai (ada) titi: longkang yg besar itu tidak ~; bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: parit itu ~ batang pokok kelapa; meniti 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; ~ buih a) sudah hampir separas bibir perahu dgn permukaan air (bkn perahu yg sarat); b) ki membuat sesuatu yg sukar; titian 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; ~ berakuk tipu muslihat (utk memperdaya orang); ~ air polongan asap prb orang pengantara yg menoKamus Dewan Edisi Keempat
titian1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
siratulmustakim1 jalan yg benar (mengikut ajaran Islam). 2 semacam titian dr padang mahsyar ke syurga yg melintasi neraka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengharungi1 berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2 belayar melalui laut atau sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3 ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengharungi1. berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2. belayar melalui laut atau di sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3. ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini.Kamus Pelajar
susurbahagian tepi atau bahagian pinggir sebelah luar. ~ bantal bahagian tepi bantal pd lintangnya. ~-galur susunan keturunan; salasilah. ~ pantai tepi pantai. ~ tangan tempat berpegang pd tangga (titian dll); selusur. menyu­sur 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan, mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ di kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. menyusuri menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. penyusur yg menyusur: kapal ~ pantai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaya I1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
tongkah I; papan ~ papan sbg titi utk berjalan di tempat yg berlumpur dll; menongkah 1. membubuh papan di tempat yg berlumpur dll utk titi berjalan, berjalan di papan, meniti; 2. menyongsong arus dll; ~ air menyongsong air; ~ arus menyongsong arus; ~ pasang (surut) menempuh pasang (surut); 3. melawan, menentang: tidak pernah ia ~ perintah; ke hulu ~ surut, ke hilir ~ pasang prb selalu rugi (sial); tongkahan landasan, titian, tumpuan (berjalan).Kamus Dewan Edisi Keempat
susur Itepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas