tiup | 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon menggembung-kan belon dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiup; bertiup | 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. | Kamus Pelajar |
tiup; bertiup | 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. | Kamus Pelajar |
tiup; bertiup | 1 menghembuskan (udara) ke luar dr mulut. | Kamus Pelajar |
tiup; bertiup | 1 mengenakan nafas (yg kuat pd); menghembus: Ia ~ api itu supaya menyala. ~ belon menghembuskan angin ke dlm belon. | Kamus Pelajar |
melenggangkan | 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2. menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg bertiup itu melenggang-lenggangkan rambutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelamati | ark mengadakan kenduri utk;menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiup | ; bertiup bergerak (ttg angin); berhembus: Angin ~ dr sebelah barat. meniup 1 mengenakan nafas (yg kuat pd); menghembus: Ia ~ api itu supaya menyala. ~ belon menghembuskan angin ke dlm belon. 2 menghembuskan udara dgn mulut ke dlm alat bunyi-bunyian supaya berbunyi: Ia sedang ~ serunai. meniupkan 1 menghembuskan (udara) keluar dr mulut. 2 meniup utk orang lain: Dia ~ adiknya belon. tiupan 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. 2 hasil meniup alat bunyi-bunyian: ~ klarinet oleh Abdul Razak sangat merdu. peniupan perbuatan, hal dsb meniup atau meniupkan. peniup 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. 2 alat utk meniup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jari I | 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ kelengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamat | 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia perhamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (selamatan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) menyelamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |