toksik | beracun: bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) beracun: logam strontium dan lantanum mempunyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
toksik | mengandungi bahan yg boleh mendatangkan mudarat; beracun: Bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia menyebabkan pencemaran alam. ketoksikan keadaan toksik atau beracun: Bahan itu mempunyai ~ yg rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyahtoksik | ; menyahtoksikkan menghapuskan atau mengeluarkan racun atau bahan toksik dr sesuatu (badan dsb): Ada banyak cara yg boleh digunakan utk ~ tubuh anda. penyahtoksikan perihal atau proses menyahtoksikkan sesuatu: Semua cara ~ melibatkan pembebasan bahan toksik dr organ dan sel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketoksikan | keadaan toksik atau beracun: Bahan itu mempunyai ~ yg rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyahtoksikkan | menghapuskan atau mengeluarkan racun atau bahan toksik dr sesuatu (badan dsb): Ada banyak cara yg boleh digunakan utk ~ tubuh anda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kadmium | (Kim) unsur logam berwarna putih kebiruan, lembut dan toksik yg digunakan dlm penyaduran, aloi, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyahtoksikan | perihal (proses, tindakan dsb) menyahtoksikkan: kesemua program ~ melibatkan pembebasan bahan toksik drpd organ-organ dan sel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyahtoksikan | perihal atau proses menyahtoksikkan sesuatu: Semua cara ~ melibatkan pembebasan bahan toksik dr organ dan sel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekakisan | sifat atau daya mengakis: Adalah penting utk mengetahui sifat fizikal dan sifat kimia sesuatu agen toksik dan tahap ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekakisan | sifat (kuasa atau daya) mengakis: mengenal pasti agen yg terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting utk mengawal sesuatu agen toksik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |