tombak benderang | tombak yg dibawa di kiri kanan raja (tangkainya dihiasi dgn bulu kambing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselangan | ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benderang I | sl orang yg membawa tombak di kiri kanan raja: kelima Tun Lekir ~ kanan, keenam Tun Lekiu ~ kiri; tombak ~ tombak yg dibawa di kiri kanan raja (tangkainya dihiasi dgn bulu kambing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tombak I | sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, dll; bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh; bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~, terlalu ramainya; menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan ditombaki orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang I | 1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antaranya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi mengarangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai penduduknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau proses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (mengantarai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembawa benderang | sl orang yg membawa tombak di kiri kanan raja: kelima Tun Lekir ~ kanan, keenam Tun Lekiu ~ kiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |