serampang | tombak yg hujungnya bercabang tiga (digunakan utk menangkap ikan, sbg senjata dll). menyerampang menikam dgn serampang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tombak I | sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, dll; bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh; bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~, terlalu ramainya; menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan ditombaki orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serampang | tombak yg hujungnya bercabang tiga (digunakan utk menangkap ikan, sbg senjata dll). | Kamus Pelajar |
terisula | tombak atau serampang yg hujungnya bercabang tiga (biasanya digunakan utk menangkap ikan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terisula | tombak atau serampang yg hujungnya bercabang tiga (biasanya digunakan utk menangkap ikan dll). | Kamus Pelajar |
trisula | sl sj tombak atau serampang yg hujungnya bercabang tiga (utk menangkap ikan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serampang I | 1. sj tombak yg bercabang hujungnya (utk senjata, menangkap ikan, dll); 2. garpu makan; ~ dua mata a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi dua pihak yg berlawanan; ikan biar dapat, ~ jangan pokah prb maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian; menyerampang menikam dgn serampang (kpd musuh, ikan, dll); terserampang tertikam dgn serampang, kena serampang | Kamus Dewan Edisi Keempat |