[to.pang] | توڤڠ
Definisi : sangga (penyokong) yg bercabang; tiang ~ tiang yg di hadapan; bertopang 1. memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang: dahan pokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah; (duduk) ~ dagu (duduk) dgn dagunya disangga dgn tangan; 2. bertumpu (pd), berdasar (pd), bertekan (pd): tangannya ~ pd kerusi; ~ lutut duduk dgn meletakkan tangan (siku) pd lutut; bertopangkan menggunakan sesuatu sbg topang; menopang menyangga (menunjang) dgn kayu dll yg bercabang: bahagian hadapan rumah itu ditopang dgn dua batang kayu; tangannya ~ kepalanya; Raja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; topang-~ bantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong; topangan penopang; penopang sokong, penunjang, penyangga, penyokong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[to.pang] | توڤڠ
Definisi : Mn; bertopang 1. dibantahi, disangkal, ditegah: segala perintahnya tidak ~; 2. berbantah, bertengkar: suka ~ dgn sesiapa juga; menopang membantahi, menegah, menentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[to.pang] | توڤڠ
Definisi : , = penopang sangga atau penyokong yg bercabang. bertopang memakai topang: ~ dagu duduk menyangga dagu dgn tangan. menopang menyangga dgn kayu dll yg bercabang: Ia ~ dahan rambutan yg terkulai itu dgn galah. menopangkan menggunakan sesuatu utk menopang: ~ kayu pd dahan rambutan yg melendut dgn buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)