kaji | 1 pelajaran ttg agama. 2 cabang ilmu pengetahuan. ~ bintang ilmu ttg hal angkasa (keadaan atau pergerakan bintang, planet dsb); ilmu falak. ~ bumi ilmu ttg sejarah bumi (susunannya, pembentukannya dll) sebagaimana yg dpt dilihat pd kerak bumi, batu-batan dll. ~ cuaca ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. ~ daya a. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat. ~ haiwan ilmu ttg binatang atau haiwan dan kehidupannya. ~ hayat ilmu ttg hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan). ~ kuman ilmu ttg kuman dan hubungannya dgn perubatan, industri dan pertanian. ~ penyakit ilmu ttg jenis, akibat dan sebab berlakunya penyakit. ~ purba kajian ttg benda atau tinggalan purba, terutamanya dr zaman prasejarah. ~ teknik ilmu ttg pengetahuan industri; teknologi. mengaji 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. mengkaji menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. mengajikan membaca Quran utk orang yg telah mati. terkaji dpt diselidik atau disiasat. kajian hasil drpd mengkaji sesuatu. ~ kes kajian ttg sesuatu isu, institusi, orang dsb berdasarkan data atau maklumat terperinci yg dikumpulkan dlm masa tertentu. pengajian 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. pengkajian perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. pengkaji orang yg mengkaji: ~ bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedoktoran | 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merungutkan | merungut ttg; bersungut ttg sesuatu atau terhadap seseorang: Dia ~ masalah-masalahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berita | laporan ttg sesuatu hal; khabar: ~ ttg perundingan mereka di rumah Siti Fatimah telah sampai kpd Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. memberitakan membuat laporan ttg sesuatu; mengkhabarkan: Surat khabar itu ~ bahawa persidangan tiga negara itu terpaksa ditunda. pemberitaan perihal atau perbuatan memberitakan. pemberita orang yg memberitakan atau yg membuat laporan ttg sesuatu: Sekembalinya dr Mekah, beliau telah dikerumuni oleh ~-~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
doktor | 1 ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya, dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2 gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan. ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb. kedoktoran 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karang II | ; berkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turun I | 1 pergi dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah; pergi dr atas ke bawah; lw naik. 2 datang dr hulu ke hilir atau dr daerah pedalaman ke bandar: Ia ~ ke bandar utk membeli-belah. 3 mengendap ke bawah (ttg hampas kopi, keladak dll); surut (ttg air); hampir terbenam (ttg matahari, bulan dll). 4 keluar dr rumah atau dr kenderaan. 5 menjadi kurang atau menjadi rendah drpd biasa (ttg harga dll): Harga getah sudah ~. 6 datang atau jatuh (ttg hujan atau salji); datang bertiup (ttg angin atau ribut): Petang itu ~lah ribut serta hujan yg sangat lebat. 7 hilang warnanya (ttg kain dll); luntur: Warna kain batik ini tidak ~. ~ darah keluar darah dgn banyaknya (ttg perempuan yg bersalin atau keguguran). ~ ke sawah pergi bekerja di sawah. ~ minyak menjadi berang atau ganas (ttg gajah dll). ~ naik, = naik ~ a. sekejap naik, sekejap turun (ttg nafas, harga dll). b. tidak sama atau tidak rata (ttg jalan dll). ~ padang pergi sendiri ke sesuatu tempat utk menyiasat, meninjau dsb sesuatu keadaan, masalah dll (bkn ketua, pembesar dsb): Mereka bersemangat semula utk menyiapkan projek tsb selepas ketua mereka ~ padang. ~ takhta tidak lagi menjadi raja dgn kehendak sendiri; makzul. ~ tangga turun melalui tangga. ~-temurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. menurun 1 landai ke bawah; lw mendaki: Jalan ke sawah itu agak ~. 2 pergi dr atas bukit ke bawah; pergi melalui lereng bukit dsb ke bawah. 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). 4 berpindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. 5 kemasukan roh halus ke dlm tubuh badan seseorang. menuruni 1 turun melalui (tangga, lereng bukit dll). 2 turun utk mengambil sesuatu; turun ke: ~ jurang. menurunkan 1 membawa turun ke bawah; merendahkan. 2 mengeluarkan dr kenderaan. 3 menjadikan rendah (ttg pangkat, harga dll). 4 meninggalkan atau memindahkan sesuatu kpd anak (cucu dll). 5 menyampaikan ilham, wahyu dll kpd: Allah telah ~ Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 6 menyebabkan hilang warnanya (ttg kain dsb); melunturkan. 7 memilih atau menentukan pemain dlm sesuatu perlawanan: Mereka ~ pemain utama dlm perlawanan itu. 8 menjadikan turun (ttg ribut, hujan dsb): Allah ~ ribut taufan yg dahsyat pd zaman Nabi Noh. terturun turun (dr tempat tinggi ke tempat yg lebih rendah) dgn tidak sengaja: Kapal terbang itu ~ apabila menerbangi kawasan yg bertekanan rendah. turunan 1 = keturunan anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. 2 peranakan atau kacukan: ~ Keling. 3 sesuatu yg turun-temurun: penyakit ~ penyakit yg turun-temurun. keturunan 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. berketurunan berasal dr keturunan; mempunyai keturunan drpd: Orang-orang ~ Cina banyak yg menetap di sini. penurunan 1 bahagian bukit, jalan dll yg menurun; lw pendakian. 2 hal (perbuatan dsb) turun, menuruni atau menurunkan (sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetek | /céték/ 1 tidak dalam (ttg air); cangkat; tohor; dangkal. 2 tidak dalam (ttg pengetahuan seseorang). mencetekkan menjadikan cetek; mencangkatkan; mendangkalkan: ~ sungai. kecetakan 1 keadaan cetek (ttg air); kedangkalan; ketohoran. 2 perihal cetek (ttg pengetahuan); kedangkalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkarang | digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rungut | ; merungut bercakap panjang-panjang dgn tidak menentu tujuannya; berleter; bersungut: Dia ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak cukup. merungutkan merungut ttg; bersungut ttg sesuatu atau terhadap seseorang: Dia ~ masalah-masalahnya. rungutan apa-apa yg dirungutkan atau yg dileterkan: Dia menyesal apabila disedari bahawa ~nya tidak mendatangkan faedah. perungut orang yg (suka) merungut; peleter. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |