tu II | bp kep satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tu I | bp singkatan bagi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hah | 1. sr kata utk menegaskan cakap (spt menguatkan suruhan, tegahan, penafian, dll): ~, apa halnya; awak tu kenapa, ~; itu ~, dlm tin tu; ~, apa lagi, makanlah; ~, bukan itu maksudku; 2. sr kata utk menyergah: ~, apa kau buat di sini! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nombor | tanda atau lambang dlm tulisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai angka pecahan. ~ ganjil nombor yg berbaki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak berbaki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang angka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sendiri (mis 7, 17, 41). menombori memberi bernombor; menjadikan sesuatu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menangkil | mengelakkan tubuh supaya jangan kena pukulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertulang | 1 mempunyai tulang: Sotong ~ satu. 2 mempunyai rangka atau tulang drpd besi, kayu dll.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menatar | meningkatkan mutu dr segi pengetahuan; kemampuan dsb: Jabatan itu akan ~ para pekerjanya secara berperingkat-peringkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berurut-urutan | berturut-turut (nombor, bilangan, dll), beriring-iringan, beruntun-runtun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatar | ; menatar meningkatkan mutu dr segi pengetahuan; kemampuan dsb: Jabatan itu akan ~ para pekerjanya secara berperingkat-peringkat. penataran peningkatan mutu (pengetahuan, kemampuan dsb); pendidikan (kursus, latihan dll) utk meningkatkan pengetahuan atau kemampuan seseorang dlm sesuatu bidang: ~ leksikografi penataran utk meningkatkan pengetahuan ttg penyusunan kamus dan hal-hal yg berkaitan dgn kamus. penatar orang yg menatar; pembimbing. petatar orang yg ditatar; orang yg menjalani penataran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penangguhan | perihal menangguhkan (waktu dll): setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |