kekayaan | 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budi | 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahabat beta | sahabat hamba, tuan hamba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cedera I | 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istimewa pula | apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istimewa lagi | apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiadakan | tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beta I | (béta) kata ganti diri pertama utk raja; sahabat ~ sahabat hamba, tuan hamba;berbeta menggunakan beta (kalau bercakap dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerama | sl kutuk, sumpah, tulah, bencana atau kecelakaan (yg disebabkan oleh kutuk): tiada tuan hamba tahu ~ akan datang kpd tuan hamba? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maulai | Ar tuan hamba, tuanku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |