tegap I | 1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ berdirinya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jasmani | Ar 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan; kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sahaja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi | 1 = bermandi membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu. 2 berenang-renang di dlm air: Mari kita pergi ~ di laut. ~ angin sentiasa kena angin. ~ darah a. berlumuran darah. b. menumpahkan darah (dlm pergaduhan dll). ~ embun membiarkan diri terkena embun. ~ kerbau mandi dgn tidak bergosok (tidak bersih). ~-manda berbagai-bagai cara atau upacara mandi. ~ peluh basah tubuh badan kerana berpeluh. ~ Safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar. ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm bilik kecil yg dipenuhi wap, utk menyegarkan dan menyihatkan badan. bermandikan penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. memandikan 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. permandian tempat mandi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tubuh badan | keseluruhan jasad; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mayat | tubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berurut | membiarkan tubuh badan atau bahagian-bahagiannya dipicit-picit atau digosok-gosok utk memulihkan kesihatan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sendiri | 1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. 2 tidak dgn bantuan orang lain; tidak berkaitan dgn orang lain; terpisah dr yg lain; berasingan: Saya tinggal di rumah ~. 3 tidak termasuk yg lain; dlm kumpulan itu juga: Mereka bertengkar sesama ~. menyendiri duduk atau tinggal seorang diri; mengasingkan diri: Tidak mungkin aku hidup ~. tersendiri terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. bersendirian berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. kebersendirian keadaan atau sifat bersendiri. persendirian perihal sendiri: rumah-rumah ~. penyendiri orang yg suka menyendiri atau suka bersendirian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermandi | membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lunjur | panjang tubuh badan dr kaki hingga ke kepala ketika berbaring: Berapa panjang ~, begitulah selimut. berlunjur meluruskan kaki ke depan ketika duduk atau berbaring: Dia duduk ~ sambil makan sirih. melunjurkan menghulurkan (kaki) ke depan. terlunjur terhulur ke depan (ttg kaki); terbaring mengunjur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gempal | (bkn tubuh badan) padat berisi; sedang gemuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |