tugasan | sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tugasan | kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelompok(batch) | 1. Kumpulan rekod, dokumen, atau maklumat yang berlainan yang dianggap membentuk satu unit. 2. Kumpulan atur cara, suruhan, atau tugasan yang dimuatkan serentak dalam baris gilir untuk tujuan pemprosesan sekali jalan oleh komputer. Tugasan dilayan mengikut gilirannya dlam baris gilir berdasarkan penentuan tertentu. | Kamus Komputer |
pemprosesan kelompok(batch processing) | 1. Kaedah memproses sejumlah maklumat atau tugasan yang tidak berkaitan dengan mengumpulkan maklumat tersebut terlebih dahulu supaya dapat dikerjakan sekali jalan mengikut giliran. 2. Kaedah memproses beberapa atur cara atau suruhan yang tidak berkaitan dengan menyusunnya dalam satu baris gilir dan kemudiannya memuatkannya ke dalam sistem untuk diproses mengikut giliran. Kaedah ini mengelakkan pengguna yang berbilang daripada mencapai suatu sistem kongsi masa, menjimatkan masa penggunaan dan membolehkan pemproses menjalankan satu tugas sahaja pada satu ketika. | Kamus Komputer |
proses kelompok(batch process) | 1. Peraturan memproses satu set unit atau tugasan yang dikumpulkan dahulu dalam satu baris gilir, secara berturutan. 2. Proses yang dikendalikan secara pemprosesan berkelompok. | Kamus Komputer |
rutin(routine) | Set arahan yang teratur yang digunakan untuk mengarahkan komputer melaksanakan tugasan atau kendalian. Rutin boleh dianggap sebagai subbahagian atur cara dengan satu arahan atau lebih yang fungsinya berkaitan. | Kamus Komputer |
kru | sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan, projek dsb: sekumpulan jurugambar media cetak serta ~ sebuah stesen televisyen swasta kelihatan sedang membuat liputan peristiwa yg bersejarah itu; penerbit filem diwajibkan mengambil pelakon dan ~ yg berdaftar dgn persatuan masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subkontrak | kontrak yg dipertangunggjawabkan kpd sesuatu kontraktor oleh sesuatu kontraktor lain (asal) utk menjalankan sesuatu projek (tugasan); mensubkontrakkan menjalankan kerja secara subkontrak: sesuatu kontrak itu mungkin disubkontrakkan kpd pengusaha lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carta Gantt t(Gantt char) | Carta pengurusan projek yang menggunakan bar masa dan garis beranak panah untuk melambangkan jadual kegiatan atau tugasan. | Kamus Komputer |
format | 1 bentuk, rupa dan ukuran (saiz) sesebuah buku, akhbar dsb. 2 gaya atau susunan persembahan sesuatu rancangan penerbitan, mis siri televisyen. 3 gaya persembahan sesuatu rencana, tugasan dsb. 4 ist susun atur data atau atur cara komputer. memformatkan membuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki. pemformatan perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |