Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.kar] | توکر

Definisi : bp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika di­panaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memin­dahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.kar] | توکر

Definisi : ; bertukar 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. bertukar-tukar saling berganti; berganti-ganti. bertukar-tukaran saling memberikan sesuatu: ~ hadiah. menukar 1 mengganti dgn yg lain: Ia ~ kasutnya yg lama dgn yg baru. 2 mengubah nama dll. 3 mengganti tempat letak sesuatu: Ia ~ tempat keretanya ke tempat yg teduh. menukarkan 1 menjadikan atau mem­­buat supaya bertukar: Siapa yg ~ meja kami? 2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya. 3 mengarah­kan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~nya dr Ipoh ke Seremban. pertukaran perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. penukaran perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan: ~ permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. penukar 1 orang yg menukar: ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). 2 alat yg digunakan utk menukar atau utk menukarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
alihpindah, tukar, ubah; ~ kata = ~ kecek tukar percakapan (mempercakapkan yg lain); beralih 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; angin ~ angin berganti (bertukar) arah; zaman ~ musim bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yg tetap (segala sesuatu hendaklah disesuaikan dgn keadaan zaman); ~ akal berubah pendapat (fikiran); ~ angin berkunjung (pergi) ke tempat lain utk meluas­kan pandangan atau pengalaman dsb; ~ haluan berganti (bertukar) haluan; ~ hari men­jadi petang; ~ musim berganti musim (mis dr musim kering ke musim hujan dll); ~ rumah berpindah rumah; timur ~ sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perem­puan; mengalih 1. = mengalihkan mengubah­kan duduk (letak dsb) sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah, menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah; ~ bentuk mengubah bentuk; ~ kerja menukar kerja; ~ nama mengganti nama; ~ sila ber­pindah duduk; ~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja prb dikatakan kpd seseorang yg hendak membalikkan per-kataannya; peralihan perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); ~ kekuasaan pertukaran kekuasaan; ~ zaman pertukaran zaman (masa) dgn perubahan ke-adaan hidup dll; pengalihan perihal (perbuatan dsb) meng­alih­kan, pengubahan, penggantian, pemin­dah­an (kuasa dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tukar-menukarsaling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang;Kamus Dewan Edisi Keempat
tukar tambahmenukar barang dgn wangKamus Dewan Edisi Keempat
tukar; bertukar2 alat yg digunakan utk menukar atau utk menukarkan.Kamus Pelajar
tukar; bertukar1 orang yg menukar: ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negeri dgn wang luar negeri).Kamus Pelajar
tukar; bertukarpenukarKamus Pelajar
tukar; bertukarpenukaran perbuatan (hal dsb) menukar atau menukarkan: ~ permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.Kamus Pelajar
tukar; bertukarpertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit.Kamus Pelajar
tukar; bertukar3 mengarahkan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~ nya dr Ipoh ke Seremban.Kamus Pelajar
tukar; bertukar2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas