tempurung kepala | tulang kepala yg melindungi otak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu kepala | tulang kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempurung kepala | tulang kepala yg melindungi otak | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempurung otak | tulang kepala yg melindungi otak | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempurung | ~ kepala tulang kepala yg melindungi otak. | Kamus Pelajar |
tengkorak I | tulang kepala (yg mengandungi otak), batok kepala, tempurung kepala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengkorak | tulang kepala yg melindungi otak; tempurung kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tengkorak | tulang kepala yg melindungi otak; tempurung kepala. | Kamus Pelajar |
tempurung | 1 kulit yg keras pd bebeĀrapa jenis buah (terutamanya kulit buah kelapa): Senduk itu dibuat drpd ~ kelapa. 2 kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (biasanya dijadikan bekas air dll): Seorang pengemis tua telah menghulurkan ~nya kpd kami. ~ kepala tulang kepala yg melindungi otak. ~ lutut tulang yg agak bulat pd lutut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sendi I | 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. = persendian tempat ber-sambungnya dua benda (spt pintu dll), sam-bungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai, ikatan, dll) pd sesuatu, salut; ~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg ber-bentuk separuh bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~ lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha; bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3. menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn perak, rupanya spt sisik naga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |