tumpuan | 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpuan | 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpuan kanta | titik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpuan data(data concentration) | Perkara atau tempat yang menjadi fokus taburan data dalam graf atau hasil kaji selidik. | Kamus Komputer |
tumpuan | 3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. | Kamus Pelajar |
tumpuan | 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. | Kamus Pelajar |
tumpuan | 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. | Kamus Pelajar |
jarak tumpuan kanta (cermin) | jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangga | tangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, peringkat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg meningkat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berdekatan, jiran, tetangga: barangkali engkau bertemu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tangga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; berjanjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik II | 1. tanda yg bulat halus (utk menunjukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tumpuan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menengah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan permulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ permulaan sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persamaan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tumpuan pd persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |