[tu.nang] | تونڠ
Definisi : bakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yg telah mengikat perjanjian utk menjadi suami isteri: dia tinggal tidak berapa jauh dr rumah ~nya; bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri (berkahwin): sesudah bekerja baru ~; bertunangan sudah terikat oleh janji utk menjadi suami isteri, mempunyai perhubung-an sbg tunang: mereka telah ~; menunang 1. meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar, meminang: orang muda yg kaya itu datang ~ engkau; 2. = menunangi mengajak bertunang dgn, meminta bertunang dgn: ia sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya; menunangkan memperhubungkan laki-laki dan perempuan dlm istiadat sbg tunangan: ia tidak mahu ditunangkan dgn anak bapa saudaranya; mempertunangkan menjadikan bertunang-(an): anaknya dipertunangkan dgn seorang pahlawan; tunangan tunang: barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin; pertunangan perihal bertunang (bertunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan; penunangan perihal menunang (menunangkan); petunang sl jampi atau mantera yg dikenakan pd bunyi-bunyian utk menimbulkan rasa kasih kpd siapa yg mendengarnya; peluru ~ = peluru penunang sl peluru yg berjampi (tetap mengenai sasarannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.nang] | تونڠ
Definisi : , = tunangan bakal isteri atau bakal suami bagi seseorang; orang yg sudah mengikat perjanjian utk menjadi suami atau isteri (kpd seseorang). bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri; mempunyai atau ada tunangnya. bertunangan (sudah) terikat oleh janji utk menjadi suami isteri; mempunyai perhubungan sbg tunang: Udi dan Uily baru ~, belum berkahwin lagi. menunang meminta anak gadis supaya menjadi bakal isteri; meminang; melamar. menunangkan menjadikan seseorang bertunang (dgn): Dia tidak mahu ditunangkan dgn gadis itu. mempertunangkan menjadikan bertunangan: Saudara-mara dr kedua-dua belah pihak akhirnya bersetuju utk ~ mereka berdua. pertunangan perbuatan atau hal bertunang; ikatan bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. penunangan perbuatan (hal dsb) menunang atau menunangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[tu.nang] | تونڠ
Definisi : ; petunang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)