tunggang III | hampir tegak; curam: Lereng gunung itu sangat ~. ~ hati tabah hati ketika mengerjakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggang III | lurus ke bawah, curam (bukit dll): lereng gunung yg ~; akar ~ = urat ~ Id akar yg tumbuh lurus ke bawah, akar tunjang; ~ hati tabah atau tetap hati (dlm mengerjakan sesuatu), tidak berasa gentar atau takut, cekal; ~ hilang berani mati tidak berasa takut akan apa-apa pun, berani; ~ hilang, tak hilang a) yg berani hilang (mati) tidak akan hilang (mati); b) siapa yg cekal dan tabah hati akan tercapai maksudnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang III | hampir tegak; curam: Lereng gunung itu sangat ~. ~ hati tabah hati ketika mengerjakan sesuatu. | Kamus Pelajar |
suling III | Mn kepala ke bawah dan kaki (buntut dll) ke atas, jungkir, tunggang; ~-daling = ~paling tunggang-langgang, tunggang-balik; menyulingkan meletakkan kepala ke bawah dan kaki ke atas, membalikkan, menjungkirkan, menunggangkan; tersuling terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paling III | Mn; suling-~ tunggang-langgang; ®suling III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suling-paling | tunggang-langgang; ®suling III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suling-daling | tunggang-langgang; ® suling III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daling | ; suling-~ tunggang-langgang; ® suling III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |