Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Kaki naik,
     kepala turun.

Bermaksud :

Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
enap; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendap. mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendapkan. enapan benda yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan. ~ elektrolitik ist enapan yg terjadi semasa elektrolisis. pengenapan perbuatan, proses dsb mengenap atau mengenapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendapturun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll); mendak. memendapkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah; memendakkan. mendapan 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. kemendapan keadaan mendap. pemendapan perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
enapmengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendap. mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendapkan. enapan benda yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan. ~ elektrolitik ist enapan yg terjadi semasa elektrolisis. pengenapan perbuatan atau hal mengenap; proses mengenapKamus Pelajar
enap Isesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap; mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan; enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; pengenapan proses mengenap atau mengenapkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
endap; endap-endap, endapan sesuatu (spt serbuk kopi) yg telah bercampur dgn air dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar. mengendap turun ke bawah serta berlonggok di dasar; mengenap. mengendapkan membiarkan sesuatu supaya mengendap; mengenapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
endap; endap-endap, endapan sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak; mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak); mendap, enap I.Kamus Dewan Edisi Keempat
endapendap-endap, endapanb sesuatu (spt serbuk kopi dll) yg telah bercampur dgn air dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar. mengendap turun ke bawah serta berlonggok di dasar; mengenap. mengendapkan membiarkan sesuatu supaya mengendap; mengenapkan.Kamus Pelajar
mendak1 lumpur, pasir dll yg tenggelam ke dasar sungai dll. 2 turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll). memendakkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah. pemendakan perihal (proses dll) mendak atau memendakkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengendapturun ke bawah serta berlonggok di dasar; mengenap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengenapturun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas