tusukan | 1 hasil drpd menusuk; tikaman. 2 kata-kata dsb utk menusuk-nusuk; hasutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tusukan | 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenarnya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tusukan | 2 kata-kata dsb utk menusuk-nusuk; hasutan. | Kamus Pelajar |
tusukan | 1 hasil drpd menusuk; tikaman. | Kamus Pelajar |
tikam I | perbuatan menusuk dgn benda tajam (spt pisau, keris, dll); ~ membunuh tusukan yg membunuh; ~ sela-dang Kl sj permainan kanak-kanak; luka ~ luka kerana tusukan dgn senjata dll; bertikam, bertikam-tikaman, bertikaman, tikam-menikam saling menusuk dgn senjata (spt pisau dll): maka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dgn Raden Kelang; mereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dgn hebat; ~ lidah berdebat, berbahas, ber-bantah, bertengkar; bertikamkan sl 1. menikamkan: maka kede-lapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ~ tombak; 2. bertikam utk: kurang ia berlawankan yg dipertuan lebih ia ~ anak isterinya; menikam 1. menusuk (dgn pisau dll), men-cucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolah-olah masuk ke dlm tubuh dll, menerbitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum; hentakan kaki bergema ~ gegendang telinganya; 3. ki menyakiti, melukai, menyinggung; ~ jantung (hati, perasaan) ki menyakiti perasaan (fikiran); menikami banyak kali menikam: aku bertikam dgn engkau, kelak orang lain datang ~ aku; menikamkan menusukkan (pisau dll), mem-benamkan senjata (ke dlm tubuh dll); tertikam ditikam, telah ditikam, ditikam dgn tidak sengaja; tikaman hasil menikam (dgn pisau dll), tikam, tusukan: dgn pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu; pertikaman 1. pergaduhan dgn tikam-me-nikam; 2. sl orang yg bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu, kusuruhkan mengamuk di dlm negeri Melaka; penikaman perbuatan menikam; penikam 1. orang yg menikam; 2. sesuatu (senjata) utk menikam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rejaman | tusukan atau lemparan ketika merejamkan sesuatu: ~ yg dibuatnya menepati sasaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hunjaman | tusukan: teman-temannya bagai mahu menelanku dgn ~ pandangan mata yg menyala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tikam membunuh | tusukan yg membunuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tancapan | tikaman, tusukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tusuk | tusukan | Kamus Pelajar |