objektif | /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uji | ; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuiz | 1. ujian tentang pengetahuan seseorang dgn mengemukakan soalan-soalan utk dijawab; 2. pertandingan (permainan) utk menguji pengetahuan seseorang, duga akal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eksperimen | /ékspérimen/ 1 ujian atau penyelidikan mengikut kaedah sains utk mencari penemuan baru, utk menguji sesuatu hipotesis atau utk membuktikan bahawa sesuatu andaian itu benar: Dia begitu tekun menjalankan ~ di makmal. 2 percubaan terhadap sesuatu yg baru dan yg berbeza. bereksperimen membuat atau melakukan eksperimen: Sbg orang baru dlm bidang itu, beliau sering ~. mengeksperimenkan melakukan eksperimen (terhadap seseorang atau sesuatu): Beliau begitu yakin dlm ~ andaian yg dibuatnya, utk menentukan kebenaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eksperimen | (ékspérimen) 1. ujian atau penyelidikan, terutamanya yg dirancang utk membuktikan sesuatu hipotesis; 2. percubaan pd sesuatu yg baru dan berbeza; bereksperimen membuat eksperimen: dia merupakan dramatis yg terus ~; mengeksperimenkan melakukan eksperimen ( | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyenggaraan(maintenance) | 1. Ujian, ukuran, penggantian, pelarasan, dan kerja pembaikan yang dijalankan untuk menjaga peralatan atau atur cara supaya berada dalam keadaan baik. 2. Mengemas kini atur cara supaya bersih daripada ralat atau pepijat dan memasukkan ciri baru untuk menggantikan ciri yang kurang sesuai. | Kamus Komputer |
objektif | (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
objektif /objéktif/ | 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. | Kamus Pelajar |
ujian | 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ujian | 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |