tedung | ular ~ sj ular yg amat bisa dan dapat mengembangkan tengkuknya, Naja spp.; (ular) ~ abu sj ular, Naja bungarus; (ular) ~ selar sj ular, Naja hannah; ular ~ senduk sj ular, Naja tripudians; ayam ~ ayam sabungan yg merah tua bulunya serta hitam mata dan kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sawa | berbagai-bagai jenis ular yg besar. ular ~ ular besar (yg panjangnya boleh mencapai sehingga 8.5 meter) yg memakan berbagai-bagai jenis burung dan mamalia, Phyton reticulatus. ular ~ katak ular sawa yg pendek (kurang drpd 2.74 meter) berkepala kecil dan runcing ekornya, Phyton curtus. ular ~ rendam (batu) Phyton molurus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sawa | I sj ular yg besar; ular ~ cindai sj ular, Phyton reticulatus; ular ~ katak (batu) sj ular, Phyton curtus; ular ~ rendam sj ular, Phyton molurus; ~ meng-ampai sj ukiran awan larat; apa lagi ~ ia berkehendakkan ayamlah prb orang yg suka mencari barang-barang yg digemarinya; pacat hendak menjadi ~ prb a) orang miskin berlaku spt orang kaya; b) meng-harapkan sesuatu yg bukan-bukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
punti II | ; 1. = ikan ~ sj ikan laut; 2. = ular ~ sj ular, ular tiung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bura | sembur, hembus (dgn keras); naga ~ sl sj naga yg menyemburkan api dan bisa; ular ~ ular mura (ular yg suka menyembur dan berbisa);membura menyembur: sembur ~ dr mulutnya;memburakan 1. menyemburkan: ~ ubat nyamuk. 2. ki pecah berderai (cerai-berai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ular I | sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ular I | ular-ular tiruan ular; secarik kain dsb yg panjang. | Kamus Pelajar |
ular bura | ular mura (ular yg suka menyembur dan berbisa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ular-ular | tiruan ular; secarik kain dsb yg panjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ular-ular | tiruan ular; secarik kain dsb yg panjang. | Kamus Pelajar |