Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.mah] | اومة

Definisi : Ar umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): sistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dlm diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak meng-iktiraf pemisahan kehidupan agama drpd kehidupan sekular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.mah] | اومة

Definisi : umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): Kita hendaklah merapatkan silatulrahim sesama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ummah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ummahumat (biasanya dimaksudkan umat Islam): Kita hendaklah merapatkan silatulrahim sesama ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ummahAr umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): sistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dlm diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak meng-iktiraf pemisahan kehidupan agama drpd kehidupan sekular.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemakmuranperihal atau perbuatan memakmurkan: Sumbangan ini adalah utk ~ ummah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemakmuranperihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan: sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kederhakaanhasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyelesaiorang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
makmurbanyak penduduk serta mewah serba-serbinya; serba cukup; tidak kurang apa-apa: Sekarang ini negara Jepunlah yg paling ~ di Asia. memakmurkan mengusahakan supaya makmur; menjadikan makmur: Kerajaan sedang berusaha utk ~ Malaysia. kemakmuran keadaan makmur: ~ sesebuah negeri bergantung pd kerajinan penduduk-penduduknya sendiri. pemakmuran perihal atau perbuatan memakmurkan: Sumbangan ini adalah utk ~ ummah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
makmur1. mempunyai hasil yg banyak (da­erah, negeri, dll), mempunyai penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri Jepun adalah negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup mewah (serba cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya engkau ~ sekarang; persemakmuran persekutuan negara-negara yg pernah dijajah oleh British, iaitu Komanwel; memakmurkan memajukan supaya mak­mur: ia diberi tugas utk ~ daerah yg mundur itu; kemakmuran perihal makmur (mewah, ser­ba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan: sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah.Kamus Dewan Edisi Keempat
derhaka1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan me­nerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan je­na­yah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Ab­­dullah bin Saba telah memainkan pe­ranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir.Kamus Dewan Edisi Keempat
selesai1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat): setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana; 2. berakhir, habis, tamat: setelah ~ drpd sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; 3. tidak berbaki lagi (wang dll), habis, jelas (hutang), langsai: dia tidak percaya wang-nya telah ~ di meja judi; 4. Mn tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata); berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dll), berdamai: perkara ini per-kara dia dgn suaminya, biar mereka sahaja yg ~; menyelesaikan 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; terselesai dapat diselesaikan: masalah yg semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita; keselesaian perihal selesai, keputusan; penyelesaian perbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan; penyelesai orang atau sesuatu yg menye­lesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dsb: ~ perlu memilih salah satu drpd bebe-rapa operasi yg diketahui; mereka sudah mula meyakini Islam sbg ~ masalah ummah seluruh dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas