modul | 1. unit atau bahagian tersendiri yg lengkap dgn komponennya yg melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb) yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peleraian(resolution) | 1. Unit langkah tokokan terkecil di antara unsur-unsur yang telah dileraikan daripada suatu entiti. 2. Unit atau unsur terkecil suatu nilai atau benda yang tidak boleh dipecahkan atau dileraikan lagi. 3. Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik pada komputer atau televisyen yang ditentukan daripada jumlah piksel yang dimiliki oleh unit paparan. | Kamus Komputer |
skuadron | 1. unit tentera udara yg terdiri drpd 10 hingga 18 buah pesawat terbang; 2. pasukan tentera darat yg terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota, merupakan sebahagian drpd rejimen, dan biasanya dibahagikan kpd tiga trup; 3. unit tentera laut yg terdiri drpd dua buah kapal atau lebih yg sama jenisnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baud | 1. Unit ukuran bagi perhubungan data bersiri yang dikira sebagai ukuran penghantaran simbol dalam masa satu saat. Biasanya satu simbol diambil kira sebagai satu bit, dan satu baud mewakili satu bit per saat (bps). 2. Salingan lebar denyut terpendek dalam aliran data perhubungan.3.Unit bagi kadar pemodulatan data. | Kamus Komputer |
kotak hitam(black box) | 1. Unit peralatan elektronik atau mekanik yang hanya perlu mengetahui punca input dan output, ciri dan tugasnya sahaja. Kandungan dan cara kerja perkakasan dalam unit tersebut tidak perlu diketahui untuk menggunakan peralatan tersebut. 2. Peranti elektronik yang digunakan secara haram untuk memberhentikan isyarat yang memicu meter pembilang telefon bagi tujuan mengelakkan pembayaran bil yang tinggi bagi penggunaan penghantaran data. | Kamus Komputer |
unit data(data unit) | 1. Satu atau lebih set aksara yang dikerjakan sebagai satu unit oleh pemproses. 2. Nama lain bagi medan maklumat. | Kamus Komputer |
kalori | 1. unit kuantiti haba (banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1°C dr suatu paras suhu yg tertentu, yg bersamaan dgn 4.2 joule); 2. unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gantang | 1 unit sukatan yg besarnya empat cupak dan digunakan utk menyukat beras dll. 2 alat yg digunakan utk menyukat beras dll. menggantang menyukat dgn gantang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
divisyen | 1 unit tentera yg merupakan sebahagian drpd kor, biasanya terdiri drpd 10,000–15,000 anggota dan dibahagikan kpd tiga briged. 2 kelompok yg terdiri drpd beberapa pasukan dlm sesuatu liga (mis bola sepak): Beliau bermain dlm ~ A utk musim ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syiling | 1. unit mata wang Inggeris yg bernilai201 paun atau 5 peni; 2. = duit (wang) ~ mata wang yg dibuat drpd logam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |