untut | 1 penyakit bengkak pd kaki kerana kurang memakan makanan berzat. 2 penyakit bengkak kaki kerana sj kuman; sakit gajah, Elephantiasis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
untut | 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untut | 1 penyakit bengkak pd kaki kerana kurang memakan makanan berzat. | Kamus Pelajar |
gajah-gajahan | 1 = main ~ main catur. 2 = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gajah-gajahan | 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gajah-gajahan | 1. = main ~ main catur. 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. | Kamus Pelajar |
cewe (céwé) | 1. nama samaran bagi binatang (reptilia dll) yg pantang disebut nama betulnya; 2. Kl ular; ~ angin rusa; ~ aum (mengaum) harimau; ~ bek kambing; ~ bok lembu; ~ ceblek ular; ~ cek tikus; ~ deras kuda; ~ duri landak; ~ epek badak; ~ gigi jarak (panjang) buaya; ~ keng anjing; ~ kerek monyet; ~ kerek nyiur tupai; ~ kuning sami Buddha; ~ untut gajah; ~ wak kerbau; ~ yong kucing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telinga I | 1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll); ~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan (mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kambing, rusa) telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus; ~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak mengendahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakai-kan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut; menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati (percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gajah | gajah 1 binatang besar berkaki empat serta mempunyai belalai dan banyak juga yg bergading, Elephas maximus. 2 nama buah catur yg jalannya sentiasa menyerong. 3 ki sebutan utk sesuatu yg besar: nyamuk ~ nyamuk yg besar. ~ bara gajah yg berkulit hitam. ~ lalang gajah yg jinak. ~ laut binatang laut yg besar (terdapat di kawasan Artik) yg mempunyai sepasang taring panjang, Odobenus spp.. ~ menyusu binaan yg disambung terus pd bahagian tepi rumah. ~ mina ikan paus. ~ tunggal gajah yg terpisah dr kawan-kawannya. gajah-gajahan 1 = main ~ main catur. 2 = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gajah | 1. binatang besar berkaki empat serta mempunyai belalai dan banyak juga yg bergading, Elephas maximus. 2. nama buah catur yg jalannya sentiasa menyerong. 3. ki sebutan utk sesuatu yg besar: nyamuk ~ nyamuk yg besar. ~ bara gajah yg berkulit hitam. ~ lalang gajah yg jinak. ~ laut binatang laut yg besar (terdapat di kawasan Artik) yg mempunyai sepasang taring panjang, Odobenus spp.. ~ menyusu binaan yg disambung terus pd bahagian tepi rumah. ~ mina ikan paus. ~ tunggal gajah yg terpisah dr kawan-kawannya. gajah-gajahan 1. = main ~ main catur. 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. | Kamus Pelajar |