Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.pa.ca.ra] | اوڤاچارا

Definisi : 1. alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dll); 2. majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat): seisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut; 3. seluruh perbuatan yg dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu (utk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik, dll): ~ penobatan; ~ perasmian persidangan; 4. sl perihal meng-hormati dgn rasmi (tetamu dll), penghormat-an rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.pa.ca.ra] | اوڤاچارا

Definisi : 1 majlis keramaian mengikut sesuatu adat kebiasaan atau agama: ~ mencukur kepala anak kecil. 2 majlis rasmi (utk melantik seseorang, memperingati sesuatu dll): ~ pelantikan menteri baru sudah dijalankan pagi tadi. 3 tanda kebesaran (spt payung, pedang); alat kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata upacara


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
samiorang yg terlatih utk melakukan upacara-upacara keagamaan dlm agama Hindu atau agama Buddha.Kamus Pelajar Edisi Kedua
samiorang yg terlatih utk melakukan upacara-upacara keagamaan dlm agama Hindu atau agama Buddha.Kamus Pelajar
puja; memuja1 menghormati dewa-dewa dll dgn mengadakan upacara-upacara tertentu: Ada kaum kafir yang ~ berhala dan ada pula yg ~ matahari. 2 membaca mantera atau jampi utk mendapatkan sesuatu: ~ buaya membaca mantera supaya buaya dapat dikuasai, 3 memuliakan atau menghormati sesuatu berlebih-lebihan; menyanjung; mencintai: ~ wangterlalu sangat mementingkan wang. pujaan sesuatu yg dipuja: gadis ~ gadis yg amat dicintai; penyanyi ~ penyanyi yg disukai ramai. pemujaan 1 hal atau perbuatan memuja. 2 tempat memuja (spt kuil dsb). pemujaorang yg memuja: ~ berhala; ~ matahari.Kamus Pelajar
balai astakapanggung yg tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pd upacara-upacara;Kamus Dewan Edisi Keempat
cokmar1 tongkat yg biasanya disalut dgn logam serta berukir indah dan digunakan sbg tanda kebesaran atau kekuasaan (dlm upacara-upacara tertentu spt sewaktu memulakan persidangan parlimen). 2 tongkat besar yg kepalanya dibuat berduri-duri dan digunakan sbg senjata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cokmar1. tongkat yg biasanya disalut dgn logam serta berukir indah dan digunakan sbg tanda kebesaran atau kekuasaan (dlm upacara-upacara tertentu spt sewaktu memulakan persidangan parlimen dsb). 2. tongkat besar yg kepalanya dibuat berduri-duri dan digunakan sbg senjata.Kamus Pelajar
balai I1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
upacara1 majlis keramaian mengikut sesuatu adat kebiasaan atau agama: ~ mencukur kepala anak kecil. 2 majlis rasmi (utk melantik seseorang, memperingati sesuatu dll): ~ pelantikan menteri baru sudah dijalankan pagi tadi. 3 tanda kebesaran (spt payung, pedang); alat kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
upacara1. alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dll); 2. majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat): seisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut; 3. seluruh perbuatan yg dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu (utk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik, dll): ~ penobatan; ~ perasmian persidangan; 4. sl perihal meng-hormati dgn rasmi (tetamu dll), penghormat-an rasmi.Kamus Dewan Edisi Keempat
upacara3 tanda kebesaran (spt payung, pedang dll); alat kerajaan.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas