Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urai 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
urai1 membuka ikatan (simpul dsb): ~ simpul mati; ~ rambut.Kamus Pelajar
urai1 tidak bersimpul lagi; lepas terbuka; bercerai-cerai.Kamus Pelajar
kimpalpadu (tidak kosong dalamnya), padat; emas ~ emas tempaan atau emas yg telah di­buat sesuatu (bukan emas urai); mengimpal 1. memukul atau menitik (emas dll) utk dibuat sesuatu, menempa (emas dll); 2. mencantumkan (menyambung) besi dll dgn jalan memanaskan dan memukulnya; kimpalan 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal; pengimpalan proses atau perbuatan me­ngimpal; pengimpal orang yg mengimpal, tukang kim­pal.Kamus Dewan Edisi Keempat
urai1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasar1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kasar1. tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji atau yg berurai-urai spt pasir, benang dll): benang ~; pasir ~. 2. tidak licin; kesat (apabila diraba):Kertas pasir ini kurang ~. 3. tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi, meja dll); tidak halus:Kerusi itu ~ buatannya. 4. tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5. keras dan rendah bunyinya (suara dll):Suaranya ~. 6. tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar:Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu. Dia ditegur kerana ~ tingkah lakunya.Kamus Pelajar
urai; emas ~ emas yg berbutir-butir. berurai 1 tidak bersimpul lagi; lepas terbuka; bercerai-cerai. 2 berderai-derai: ~ air mata bercucuran air mata; menangis (kerana sedih dsb). mengurai dlm keadaan berurai; mekar terbuka (bkn mayang): Rambutnya bagai mayang ~. menguraikan 1 membuka ikatan (simpul dsb): ~ simpul mati; ~ rambut. 2 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya; menganalisis: Air dpt diuraikan kpd hidrogen dan oksigen. 3 membatalkan: ~ janji. uraian hasil drpd menguraikan sesuatu. penguraian perbuatan (hal dsb) menguraikan sesuatu: ~ elektrik proses memisah-misahkan sesuatu bahan kimia dgn menggunakan tenaga elektrik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meninggali1. menduduki, mendiami: rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya; 2. membiarkan tinggal sesuatu (utk), memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertabur1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tem­pat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tegap1 berisi lagi kuat (bkn tubuh); gagah serta kuat: Kalau badan tidak ~, tak usahlah bercita-cita hendak menjadi askar. ~ sasa gagah dan kuat. 2 kuat dan kukuh (bkn sesuatu alat); tidak mudah rosak; tidak mudah ter­urai (ttg ikatan dsb); tahan: Meja yg digunakannya itu sungguh ~ buatannya. menegapkan menjadikan tegap; me­nguat­kan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. penegap sesuatu yg menegapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas