berpangsa | 1. mempunyai pangsa, ada pangsanya: sebuah kotak kaca ~ dua; 2. berulas: urat-urat daging mereka timbul ~-pangsa akibat menggunakan tenaga sepanjang hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geronyot | denyut-denyut (urat daging dll), sengal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urat daging | tisu semacam benang yg terdapat dlm daging. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangsa | petak atau bahagian-bahagian dlm buah-buahan dll (spt dlm buah durian): ~ durian; rumah ~ satu set bilik serba lengkap yg digunakan sbg tempat kediaman; ~ menunjukkan bangsa, umpama durian = spt durian menunjukkan ~nya prb kelakuan dan percakapan seseorang itu menunjukkan baik atau jahat asalnya (perangainya); berpangsa 1. mempunyai pangsa, ada pangsanya: sebuah kotak kaca ~ dua; 2. berulas: urat-urat daging mereka timbul ~-pangsa akibat menggunakan tenaga sepanjang hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ira | 1. pangsa durian (limau dll), pangsa; 2. = ~ kayu urat pd kayu; 3. = ~ daging urat besar pd daging; 4. = ~ benang, = ~ kain urat benang yg memanjang pd kain; ~ beralun ira kayu yg susunannya beralun dgn agak sekata; ~ kasar ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); ~ lintang ira kayu yg susunannya tidak selari dgn paksi utama kayu; ~ lurus ira kayu yg susunannya selari dgn permukaan memanjang kepingan kayu; ~ pilin ira kayu yg susunannya berpintal melingkungi paksi batang atau dahan pokok; ~ rapat ira kayu yg gelang pertumbuhannya nipis dan tidak berapa ketara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetel | (tétél) sisa daging (campuran daging, urat, lemak, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ira daging | urat besar pd daging; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ira | 1 ruang atau petak pd buah-buahan; pangsa. 2 urat pd kayu, daging dll. 3 urat benang yg memanjang pd kain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
urat I | 1. = ~ darah saluran kecil-kecil dlm tubuh yg membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah; 2. = ~ daging tisu pd daging yg halus spt benang; 3. gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan, otot; 4. = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa, asabat; 5. garisan-garisan yg kelihatan pd permukaan kayu, (batu marmar dll); 6. serat yg terdapat pd kayu, tisu pd tumbuh-tumbuhan; 7. tulang daun: daun pokok ini mempunyai ~ yg selari antara satu sama lain; 8. akar (pd tumbuh-tumbuhan); 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya mem-belit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas; 10. ki asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal; ~ amris urat di kiri kanan batang leher; ~ belikat otot pd belikat; ~ benang jalur benang (pd jahitan); ~ daun tulang-tulang daun; ~ daya garisan (titik-titik, jaluran) yg menun-jukkan aliran tenaga dll; ~ kata akar kata; ~ keting otot di atas tumit; ~ leher otot pd leher; ~ nadi saluran darah yg berdenyut pd pergelangan tangan; ~ pengetul otot pd lengan (atau kaki) utk melipatkan lengan (atau kaki); ~ tendon sj tisu yg menghubungkan otot dgn tulang; ~ tunggal = ~ tunggang akar tunjang (pd tumbuh-tumbuhan); menghendaki ~ lesung prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin akan dapat; nan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan ber-lambai pucuk prb, Mn orang yg berkaum menurut adat; berurat 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urat I | 1 = ~ darah saluran atau pembuluh kecil-kecil yg membawa darah dlm tubuh. 2 = ~ daging tisu semacam benang yg terdapat dlm daging. 3 gumpalan daging yg menggerakkan bahagian badan; otot. 4 = ~ saraf tisu yg menjadi alat perasa. 5 jalur-jalur atau garis-garis yg tampak pd permukaan kayu, batu marmar dll. 6 serabut atau serat spt benang yg terdapat pd kayu. 7 tulang daun. 8 penjodoh bilangan utk benda yg kecil dan panjang, spt rotan: Se~ rotan pun susah hendak dicari sekarang. ~ benang jalur benang yg ada pd jahitan. ~ belikat otot pd belikat. ~ keting otot yg di atas tumit. ~ leher urat yg ada pd leher. ~ merih urat darah yg besar di leher. ~ nadi salur darah yg berdenyut pd pergelangan tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |