usia tinggi | sudah tua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usia | lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); umur. | Kamus Pelajar |
usia kalendar(calendar age) | Usia projek kejuruteraan perisian berdasarkan jumlah hari atau bulan dalam kalendar tahunan yang telah berlalu berbanding dengan jumlah hari kerja sebenar yang telah digunakan. | Kamus Komputer |
usia | berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah ia ~ enam tahun. | Kamus Pelajar |
usia | lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); umur. berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usia | umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinggi usia | sudah tua; sudah lanjut umurnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lanjut usia | panjang umur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkat umur (usia) | tidak panjang umurnya, lekas mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang umur (usia) | lama hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |