van | kenderaan bertutup utk mengangkut barang-barang dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
van | sj kenderaan bermotor (biasanya bertutup) utk mengangkut barang dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
VAN | Singkatan bagi value-added network. Lihat rangkaian nilai tambahan. | Kamus Komputer |
van | kenderaan bertutup utk mengangkut barang-barang. | Kamus Pelajar |
ambulans | kenderaan (van) utk membawa orang sakit atau orang yg cedera ke atau dr hospital. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pikap | 1. van atau trak kecil yg badannya terbuka dan tepinya rendah utk digunakan sbg pengangkutan ringan; 2. bahagian pemain rekod yg mempunyai lengan dan jarum di hujungnya; 3. bp kebolehan utk memecut: kereta tua ini sudah tidak ada ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Black Maria | sj kenderaan polis yg berupa van atau trak utk mengangkut banduan ke penjara dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlanggar | berhantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lisong | C cerut, cerutu: dgn hati yg terharu, nyonya Van Oost duduk memetik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar I | ; berlanggar berhantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. berlanggaran 1 berlanggar antara satu dgn yg lain: Kedua-dua kereta yg ~ itu telah rosak sama sekali. 2 bertentangan; bersalahan: Perbuatannya itu tidak ~ dgn adat resam kita di sini. berlanggar-langgaran serang-menyerang; saling menyerang. melanggar 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. langgaran rempuhan. perlanggaran perihal berlanggar (bkn kenderaan, orang dsb): Dlm ~ itu, kedua-dua kenderaan yg terlibat telah musnah. pelanggaran 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). pelanggar orang atau benda yg melanggar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |