matriarki | sistem masyarakat yg kaum wanitanya menjadi ketua keluarga, memegang sebahagian besar kuasa dan memiliki harta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceongsam | /céongsam/ sj pakaian spt gaun tetapi bahagian kiri dan kanan sebelah bawahnya berbelah dan lehernya berkepuk (umumnya dipakai oleh wanita-wanita Cina). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencemuhkan | mengejek, mencela, menghina: masyarakat akan ~nya; wanita yg nampaknya dicemuhkan itu sebenarnya disukainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencemuh | mengejek, mencela, menghina: masyarakat akan ~nya; wanita yg nampaknya dicemuhkan itu sebenarnya disukainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemuh | ; mencemuh, mencemuhkan mengejek, mencela, menghina: masyarakat akan ~nya; wanita yg nampaknya dicemuhkan itu sebenarnya disukainya; cemuh-mencemuh saling mencemuh: tidak dibenarkan ~ antara satu sama lain; cemuhan ejekan, celaan, hinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hijab | Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengangkat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ berpegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjuran | 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
madu II | wanita lain yg juga menjadi isteri kpd suami sendiri: Siti Zubaidah telah dihina oleh ~nya, Puteri Sajarah. bermadu mempunyai madu (bkn wanita yg suaminya mempunyai isteri lain); ada madunya: Jarang ada orang ~ yg tidak bersanggit dgn madunya. memadui menjadi madu kpd (bkn wanita): Gadis itu ~ rakan karibnya sendiri. memadukan menjadikan sbg madu: Dia keberatan jika dirinya dimadukan. mempermadukan menjadikan bermadu; memberi bermadu akan isterinya (bagi suami yg beristeri lagi): Dia tidak sanggup hendak ~ isterinya yg setia itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teman | 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenarnya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, sesuatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berahi | 1. kasih (cinta) yg amat sangat: makin lama ia memandang gadis itu makin bertambah ~nya; 2. rasa suka akan seseorang (dgn bernafsu), ghairah: drpd matanya, jelas kelihatan perasaan ~nya terhadap wanita itu; 3. sangat suka: ~ berceloteh dan berleter; ~ mendengar bunyi-bunyian; memberahikan 1. mencintai dgn amat sangat, berahi akan: laksamana dlm negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; 2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan: Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yg ~;keberahian perihal berahi, keghairahan;pemberahi orang yg mudah berahi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |