warak | taat kpd Allah; taat melakukan suruhan Allah dan tidak melanggar larangan-Nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
warak II | badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warak | taat kpd Allah; taat melakukan suruhan Allah dan tidak melanggar larangan-Nya. | Kamus Pelajar |
warak I | Ar taat dan patuh kpd Allah, tidak melanggar larangan agama; kewarakan sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kewarakan | sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agamani | Id warak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawaduk | 1 rendah diri; merendah diri; tidak angkuh: Baginda sangatlah warak serta ~. 2 taat atau setia mengerjakan sesuatu perintah; patuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawaduk | 1 rendah diri; merendahkan diri; tidak angkuh: Baginda itu sangatlah warak serta ~. | Kamus Pelajar |
bermentuakan | mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua: dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alim I | 1. mempunyai pengetahuan yg mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~ ulama pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp sangat baik sifat dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~, rupanya orang bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim; kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2. kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |