warna | corak rupa spt merah, hijau, biru: Cantik ~ bunga ini. ~ bajunya merah. ~ dasar warna (merah, biru, kuning) yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain. ~ primer warna dasar. ~ sekunder warna yg terhasil drpd campuran dua warna primer. berwarna mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. berwarna-warna mempunyai bermacam-macam warna. mewarna mengenakan warna; membubuh warna: peraduan ~. mewarnai menyapu dgn warna; memberi berwarna: Ia ~ lukisannya dgn cat air. pewarnaan perbuatan, hal dsb mewarna atau mewarnai. pewarna bahan utk mewarnai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hijau | warna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggarangkan | 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warna dasar | warna (merah, biru, kuning) yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hijau | warna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1. nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2. menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan keadaan hijau. Kehijauan-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. | Kamus Pelajar |
aneka warna | (anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam; beraneka warna berbagai-bagai warna; menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna; keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu mencerminkan ~ perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warna-warni | 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warna | ~ dasar warna yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain (merah, biru, kuning). | Kamus Pelajar |
kelabu | warna spt warna abu: ~ asap (warna) kelabu spt warna asap. mengelabui, = ~ mata melindungi sesuatu (keburukan, kejahatan dll) drpd pengetahuan umum; mengelirukan (orang); menipu: Sifatnya yg lemah lembut itu semata-mata utk ~ mata orang ramai. mengelabukan menjadikan berwarna kelabu; mewarnai (lukisan dll) dgn warna kelabu. kekelabuan keadaan kelabu. kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu; agak kelabu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gading I | 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. | Kamus Dewan Edisi Keempat |