warna bunyi | ark, Id fonem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontras | 1. perbezaan (warna, bunyi, dll) yg sangat nyata, pertentangan (sifat dll): ada dramatis yg memulakan dramanya langsung mempertentangkan watak-wataknya sehingga ~nya terasa begitu dalam jurangnya; 2. memperlihatkan perbezaan yg sangat nyata, memperlihatkan pertentangan; berkontras menunjukkan kontras; mengkontraskan memperlihatkan kontras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ton I | 1. (Muz) laras bunyi; 2. (Muz) kualiti bunyi; 3. darjah kecerahan warna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nuansa | perbezaan atau kelainan yg sangat sedikit pd bunyi, makna, warna, rupa, perasaan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nuansa | perbezaan atau kelainan yg halus dan sangat sedikit pd bunyi, makna, perasaan, warna, rupa, dsb: penterjemah yg menguasai dua bahasa atau lebih yg tahu akan peranannya dan tahu akan ~ segala makna dlm karya yg diterjemahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nada | I 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli pancaragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): “Kenapa tak ikut sama?”, isterinya menyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll); senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; bernada mempunyai (membawa, menunjukkan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakam | 1 bekas drpd sesuatu yg dicapkan atau yg dituliskan (spt garis berwarna pd kain tenun, huruf yg dicetak dll). 2 sulam atau suji dgn warna yg lain. 3 alur bunyi pd piring hitam atau pd pita rakam. merakam 1 memberi bercap (spt garis berwarna pd kain dll); mengecap; menera. 2 memberi bersulam (bersuji) dgn warna lain; menyulam; menyuji. merakamkan 1 menggambarkan sesuatu pd kain dll; mengecapkan; menerakan. 2 memasukkan sesuatu (bunyi atau suara) pd piring hitam, pd pita rakam dll. rakaman apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. perakaman perbuatan (hal dsb) merakam atau merakamkan: ~ lagu itu akan dibuat esok. perakam alat utk merakam atau utk merakamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekanan bunyi | kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harmoni | 1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll). 2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan. 3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian. 4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~. 5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; keselarasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merakam | 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |