wasitah | Ar 1. wasit perempuan; 2. pengantara (dlm perkahwinan), telangkai; 3. orang perempuan yg boleh berhubung dgn orang halus; ilmu ~ ilmu pengetahuan yg boleh menghubungkan diri seseorang dgn roh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilmu wasitah | ilmu pengetahuan yg boleh menghubungkan diri seseorang dgn roh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telangkai | 1. orang yg menjadi perantara dlm perkahwinan (perundingan dll): tiga hari kemudian ~ itu pun datanglah utk meminang gadis itu; dlm ~ sudah dipinang orang (bkn gadis); 2. orang tengah, wasitah (dlm perniagaan, perundingan, dll), wakil: orang tua tadilah ~ penjualan kerbau itu; menelangkai menanyakan (meminang, me-lamar) gadis utk: maka ada dlm surat menyebutkan ~ puteri anak Raja Besar di Ujung Tanah; penelangkaian perihal menelangkai, peminangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |