wawas | ; mewawaskan menghasilkan wawasan: jika mahu membentuk masyarakat Malaysia yg bertaraf maju spt yg diwawaskan, sembilan cabaran hendaklah diatasi; wawasan 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang; berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi; sememangnya dia seorang pemimpin yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wawasan | 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
euforia | (éuforia) 1. (Ubat) keriangan yg berlebihan yg boleh dicetuskan oleh dadah atau penyakit mania; 2. rasa gembira yg amat sangat: kita boleh menjadi ghairah dan tenggelam dlm ~ wawasan 2020. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pudar | 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekolah | 1 bangunan tempat mengajar dan belajar: Tiap-tiap hari, saya pergi ke ~ dgn bas. 2 masa belajar di sekolah: Pukul berapa ~ dimulakan? 3 perbuatan atau usaha mencari ilmu pengetahuan: Dia ingin melanjutkan ~nya di Kuala Lumpur. ~ berasrama sekolah yg ada asramanya utk sebilangan muridnya. ~ berasrama penuh sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk makan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. ~ buta huruf (dewasa) sekolah utk orang-orang dewasa yg tidak tahu membaca atau menulis. ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam saja. ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. ~ rendah sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. ~ tinggi universiti. ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. bersekolah 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. menyekolahkan memasukkan ke sekolah: Ibu bapa bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekolah | 1. tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran: ~ Melayu; ~ menengah; 2. masa belajar di sekolah: pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari? 3. penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yg diperoleh dr sekolah), ilmu pengetahuan: saya ingin benar hendak melanjutkan ~ saya ke peringkat yg lebih tinggi; 4. bp pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah): kenapa engkau tidak ~ hari ini? ~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dll); ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan pembelajaran; ~ buta huruf = ~ dewasa sekolah utk orang dewasa yg buta huruf; ~ liar Id sekolah persendirian yg tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan; ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam sahaja; ~ menengah sekolah peringkat menengah yg penuntut-penuntutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); ~ partikelir Id sekolah yg tidak didiri-kan oleh pemerintah; ~ pembaik akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; ~ penerbangan pusat yg melatih bakal juruterbang; ~ pondok sekolah agama di kampung-kampung; ~ rakyat a) sekolah persendirian di kampung-kampung; b) Id = ~ rendah sekolah permulaan (utk kanak-kanak); ~ siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yg menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kpd para siswazah; ~ subsidi Id sekolah persendirian yg mendapat bantuan drpd pemerintah; ~ terbang sekolah yg mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang; ~ tinggi universiti; ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; bersekolah 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah: dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu; sekolahan Id ark rumah sekolah; persekolahan perihal sekolah: ibunya me-ninggal dunia ketika mengurus ~nya; sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah: kawan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |