hormat | 1. pe rbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kpdnya. 2. menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang: Wajib kita ~ kpd ibu dan bapa kita. 3. sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. berhormat 1. memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2. diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. Yang ~ gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. menghormati 1. memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2. memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. terhormat dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. kehormatan 1. pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikurniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2. nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3. kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-raja Melayu. penghormatan perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. penghormat yg memberi hormat. kehormat 1. orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2. yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3. orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~. | Kamus Pelajar |