penentukuran(calibration) | 1. Proses melaraskan peralatan kepada kejituan tertinggi yang boleh dicapai oleh litar peralatan tersebut. 2. Proses membandingkan peralatan pengukuran dengan peralatan piawai yang mempunyai kejituan yang lebih tinggi untuk menentukan peratus ralat ketepatan peralatan ujian tersebut. Pelarasan kemudian boleh dilakukan untuk mendpatkan peratus ralat yang paling minimum. | Kamus Komputer |
muatan(capacity) | 1. Jumlah data tertinggi yang boleh dipegang, disimpan atau dikendalikan oleh sistem pada sesuatu masa. 2. Jumlah data yang boleh melalui saluran perhubungan pada sesuatu ketika. | Kamus Komputer |
saiz alamat(address size) | Jumlah alamat yang terkandung dalam suatu sistem. Saiz ini dikira daripada nilai nombor tertinggi yang dapat digunakan dalam suruhan untuk mengalamatkan ingatan secara langsung. | Kamus Komputer |
alamat terhitung(calculated address) | 1. Alamat mutlak yang diperoleh selepas selesai proses penterjemahan atur cara sumber. 2. Alamat yang diperoleh melalui pengiraan, sama ada untuk mengetahui alamat tertinggi yang diperlukan oleh sesuatu penggunaan atau untuk mengetahui kedudukan fizikal ingatan yang akan dicapai. | Kamus Komputer |
dewan Negara | majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
profesor diraja | gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dewan Negara | a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis terÂtinggi bkn adat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketua negara | pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketua negara | pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tak kembali ke sifar(nonreturn-to-zero) | Kaedah mengekodkan isyarat perduaan untuk mendapatkan kadar penghantaran tertinggi. Dalam kaedah pengisyaratan ini aras isyarat tidak akan kembali ke sifar selepas isyarat tersebut beralih dari aras logik sifar ke aras logik satu. Dalam penggunaan pada rakaman pita magnet, arus yang melalui kepala penulis tidak akan kembali kepada sifar selepas denyut tulis selesai. Singkatan NRZ. | Kamus Komputer |