DK | kep Darjah Yang Utama Kerabat Diraja (yg dianugerahkan oleh seseorang raja kpd raja lain atau kpd seseorang anggota kerabat baginda). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengalamatan maya(virtual addressing) | Pengalamatan ingatan yang membolehkan ingatan simpanan sokongan yang besar digunakan bersama ingatan utama yang kecil untuk menyelakukan ingatan utama yang besar. Dengan itu, pengguna sistem mendapat gambaran seolah-olah sistem telah memperuntukkan suatu saiz ingatan yang besar kepadanya sedangkan ingatan tersebut sebenarnya tidak wujud secara fizikal. | Kamus Komputer |
tindihan atas(overlay) | Segmen atur cara yang menduduki ruang ingatan utama yang sama tetapi pada waktu yang berlainan. Segmen ini akan berada dalam ingatan sokongan dan akan dibawa ke dalam ingatan utama apabila diperlukan. | Kamus Komputer |
pemuatan dinamik(dynamic loading) | Pemuatan modul atur cara ke dalam ingatan utama dengan merujuk atur cara utama yang telah dimuatkan terlebih dahulu ke dalam ingatan utama, bukan berdasarkan kedudukan tetap. | Kamus Komputer |
penyerpihan(fragmenting) | 1. Proses memuatkan atur cara ke dalam kawasan kecil ingatan utama yang tidak berdampingan atau lebihan penggunaan atur cara lain untuk menjimatkan penggunaan ingatan. 2. Keadaan kandungan ingatan utama akibat peruntukan ingatan oleh pemproses utama. Ingatan ini mengandungi kawasan kecil yang tidak digunakan antara kawasan yang memegang data yang berguna. | Kamus Komputer |
ingatan utama(main memory) | Ingatan serba guna yang terkandung dalam papan litar utama yang digunakan untuk menyimpan atur cara sistem, atur cara pengguna, dan data sementara yang diperlukan dalam pemprosesan. Ingatan ini merupakan jenis ingatan semikonduktor yang pantas dan boleh dicapai terus oleh daftar sistem. | Kamus Komputer |
fail utama(main file) | Fail atur cara yang mengandungi tatacara atau fungsi utama yang menggerakkan atur cara. | Kamus Komputer |
sandar fail(file backup) | 1. Salinan fail yang boleh digunakan untuk menggantikan fail utama yang rosak, hilang, atau terpadam. 2. Tindakan mempenduakan fail utama untuk membolehkan lebih daripada satu salinan wujud bagi sesuatu fail. Tindakan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan. | Kamus Komputer |
kabel sepaksi(coaxial cable) | Kabel yang terdiri daripada dawai utama yang dibaluti suatu anyaman dawai luar dan salutan perlindungan bahan penebat. Kabel sepaksi digunakan sebagai bahantara saluran penghantaran isyarat dalam sistem rangkaian kawasan setempat. | Kamus Komputer |
sistem dua pemproses(dual processor system) | Sistem komputer yang menggunakan dua pemproses utama yang boleh bekerja secara berasingan atau secara bergandingan untuk memberi sistem kemampuan atau ketahanan yang lebih tinggi daripada sistem pemproses tunggal. | Kamus Komputer |