Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pas.kan] | ملڤسکن

Definisi : 1. membiarkan lepas, mem­bebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), men­jadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak­-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerah­kan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. meng­uraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksud­nya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing­-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pas.kan] | ملڤسکن

Definisi : 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Peribahasa

Melepaskan anjing tersepit,
     sudah lepas dia menggigit.

Bermaksud :

Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
رارف )farār kardan( ندرک رارف )farāmūsh kardan( ندرک شومارف )fardā( ادرف )farzand [pesar[( )رسپ( دنزرف Parsi ruang kosong jarak pelaku, subjek keluarga tanglung rumah api manfaat, faedah kehebatan, keindahan lari melepaskan diri lupa esok, besok, hari muka anak lelaki Persian space distance subject family lantern light house profit splendour escape to escape to forget tomorrow son ف Kamus Parsi.indb 104

Kembali ke atas