Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ah.li] | اهلي

Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : , ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : 1 orang yg mahir dlm sesuatu bidang; pakar: ~ sains; ~ bahasa. 2 anggota sesuatu pertubuhan dsb. ~ bersekutu anggota sesuatu pertubuhan yg haknya terbatas (spt tidak boleh mengundi, tidak boleh dipilih). ~ biasa anggota sesuatu pertubuhan yg mempunyai hak mengundi dan juga hak dipilih. ~ falak orang yg pakar ttg ilmu bintang. ~ fitrah manusia yg hidup antara dua nabi atau rasul dan tidak sampai kpd mereka syariat mana-mana rasul. ~ jawatankuasa orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). ~ kabinet anggota jemaah menteri. ~ kehormat orang yg diterima menjadi anggota sesuatu pertubuhan dsb kerana jasa-jasanya atau utk menghormatinya. ~ kubur orang-orang yg telah meninggal. ~ parlimen orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. ~ sunah (sunah wal-jamaah) orang Islam yg berpegang teguh pd ajaran dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. ~ utama orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi. ~ waris orang-orang yg berhak mewarisi pusaka. keahlian 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(10)

57

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Masin lagilah garam sendiri

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
บนแผ ่ นศิลา Maharaja Rama Khamhaeng mengukir huruf- huruf Thai di atas batu. 2 mencatat: นักประวัติศาสตร ์ ได ้ จารึกเหตุการณ ์ 11 กันยายน ไว ้ เรียบร ้ อยแล ้ ว Ahli sejarah sudah selesai mencatat peristiwa sebelas September. จาว [ca:u] น tumbung (kelapa): เด็ก ๆ จาง จาว Kamus Thai 2.indb 108 4/15/2008 11:05:47 AM จ sebagai model pembinaan. จำเลย [caml:y] น 1 (คดีอาญา) ter- tuduh 2 (คดีแพ ่ ง) defendan จำแลง [camlε:] ก menjelma: พ ่ อมดตนนั้ น จำแลงร ่ างเป็นเส ื อ Ahli sihir itu menjelma menjadi harimau. จำหน ่ าย [camna:y] ก 1 menjual: ร ้ านนี้ จำหน ่ ายอุปกรณ ์ เครื่ องเขียน Kedai ini men­ jual alat tulis. 2 (รายชื่
Kamus Thai 2.indb
าง มัสยิด Penduduk kampung Mak Mawi mengumpul wang derma untuk mem- bina masjid. รวบรัด [-rat] ก memendekkan: ประธาน ที่ ประชุมรวบรัดการอภิปรายของบรรดาสมาชิก สหกรณ ์ นั้ น Pengerusi mesyuarat me- mendekkan perbahasan para ahli koperasi itu. รวม [ruam] ก 1 (เงิน, คะแนน) mengi- ra: รวมคะแนน mengira markah 2 ber- gabung: ผู ้ เล ่ นทีมเอรวมกับผู ้ เล ่ นทีมบีเพื่ อเป็น ทีมที่ แกร ่ ง Pak Cik Mi merobohkan rumahnya yang lama. รื้อฟื้น [-f:n] ก membuka semula: ตำรวจได ้ รื้ อฟื้ นคดีเก ่ าของนักการเมืองคนนั้ น ขึ้ นมาใหม ่ Polis telah membuka semula kes lama ahli politik itu. รุก [ruk] ก mara: ทหารของเรารุกเข ้ าไปใน เขตทหารฝ่ายข ้ าศึก Tentera kita mara ke kawasan tentera pihak lawan. รุกราน [-ra:n] ก mencerobohi: สหรัฐอเมริการุกรานอิรัก Amerika mence­ robohi Iraq
Kamus Thai 2.indb
อย ่ าซื้อให ้ มากนักเดี๋ยว จะกินไม ่ หมด Jangan beli banyak sangat nanti tidak habis dimakan. นักการ [nakka:n] น budak pejabat, par (pembantu am rendah) นักการเมือง [nakka:nma] น ahli politik นักกีฬา [nakki:la:] น atlet, olahragawan นักข ่ าว [nakka:w] น pemberita, war- tawan นักโทษ [nakto:t] น banduan นักดนตรี [nakdontri:] น pemuzik นักบิน [nakbin] น juruterbang นักปราชญ banya:y] ก 1 bersyarah, ber- ceramah: ฮัจญีฮัมดันกำลังบรรยายถึงลักษณะ ของภาษามลายูถิ่ นปัตตานี Tuan Haji Ham- dan sedang bersyarah tentang ciri-ciri bahasa Melayu dialek Pattani. 2 meng­ huraikan: นักเคมีจากออสเตรเลียได ้ บรรยาย สูตรเคมีชีวภาพ Ahli kimia Australia telah menghuraikan formula biokimia. บรรลัย [banlai] ก binasa, celaka, mus- nah: เมื่ อมหาอำนาจขัดกัน ชาติเล็ก ๆ ก็บรรลัย Apabila kuasa-kuasa besar dunia tidak seia-sekata, maka binasalah negara- negara
Kamus Thai 2.indb
2008 11:02:54 AM ก 2 padi di Nakhorn Sawan. กงสุล [kosun] น konsul กงสุลใหญ ่ [-yai] น konsul jeneral กฎ [kot] น peraturan: สมาชิกทุกคนต ้ อง เคารพกฎของสมาคม Semua ahli mesti me­ matuhi peraturan persatuan. กฎกระทรวง [-krasua] น peraturan kementerian กฎเกณฑ ์ [-ke:n] น kaedah กฎข ้ อบังคับ [-k:bakap] ดู กฎ กฎจราจร [-cara:c:n] น peraturan lalu คนไม ่ สามารถหลีกเลี่ ยงได ้ Hidup dan mati menjadi hukum alamiah yang tidak dapat dielakkan oleh semua orang. กฎบัตร [-bat] น piagam: ประเทศ สมาชิกต ้ องเคารพกฎบ ั ตรสหประชาชาติ Ne- gara ahli mesti mematuhi piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. กฎมนเทียรบาล [-montianba:n] น undang-undang diraja กฎหมู ่ [-mu:] น desakan orang ramai: ร ั ฐบาลจะไม ่ ทำตามกฎหมู ่ Kerajaan tidak akan

Kembali ke atas