Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lit] | بليت

Definisi : 1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu; berbelit-belit 1. berlilit-lilit: sulur-suluran ~ pd tiang pagar itu; 2. berkelok-kelok, berpusing-pusing: jalan ke pergunungan itu sangat ~; 3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau: fikiran yg timbul begitu kusut, yg datang berkacau-kacau, ~;membelit 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; membeliti melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;membelitkan melilitkan (sesuatu): anak gajah itu ~ belalainya pd ekor ibunya;terbelit 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat;belitan hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; pembelit 1. tali (kain dsb) yg digunakan utk membelit sesuatu; 2. ki penipu, pendusta: kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lit] | بليت

Definisi : 1 lingkaran tali dsb pd sesuatu benda; lilit. 2 kelok pd jalan (sungai dsb); selekoh. berbelit berlingkar pd sesuatu; berlilit. berbelit-belit 1 berlilit-lilit di keliling sesuatu; terdapat beberapa banyak belit: Sulur-suluran ~ pd dahan pohon-pohon yg besar. 2 tidak lurus; berkelok-kelok; bengkang-bengkok: Jalan yg kami lalui dlm hutan itu ~. membelit melingkar mengelilingi sesuatu; mengikat berlilit-lilit; melilit: Ular itu ~ mangsanya dahulu sebelum menelannya. membelitkan mengikatkan sesuatu di keliling sesuatu benda lain; melilitkan: Beliau ~ kain tudungnya ke leher. pembelit 1 sesuatu (tali, kain dsb) yg digunakan utk membelit. 2 ki orang yg menipu; penipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belit

Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(2)

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
di pintu sem- padan sangat longgar. ยอก [y:k] tertusuk: เขาเดินเขยก ๆ เพราะเท ้ าเขาถูกหนามยอก Dia berjalan terdengkot-dengkot kerana kakinya tertusuk duri. ยอกย ้ อน [-y:n] ก berbelit-belit: ผู ้ พิพากษาตำหนิพยานเพราะให ้ การยอกย ้ อน Hakim menegur saksi pembela kerana keterangannya berbelit-belit. ยองใย [y:yai] ว 1 (หน ้ า) berseri 2 (ผิว) cerah ย ่ อง [y] ก menghendap: แมวตัวนั้ น ย ่ องเพื่ อจับหนู Kucing itu meng­ hendap untuk menangkap
Kamus Thai 2.indb
ก 1 menyingkap: คุณแม ่ ตลบมุ ้ งเพื่ อจัดที่ นอนของน ้ อง Ibu menying­ kap kelambu untuk mengemaskan katil adik. 2 ดู ฟุ ้ ง ตลบตะแลง [-talε:] ว putar belit: ชายหนุ ่ มคนนั ้ นตลบตะแลงสิ้ นดี Pemuda itu sangat putar belit orangnya. ตลบหลัง [-la] ก menyerang dari be- lakang ตลอด [tal:t] บ sepanjang: ลูกเรือเหล ่ านั ้ น ให ้ บริการเป็นพิเศษตลอดการเดินทาง Anak- anak kapal itu memberikan layanan ตระหนี ่ ตลอด

Kembali ke atas