[me.nge.na] | مڠنا
Definisi : 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.na] | مڠنا
Definisi : 1 kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2 memberi hasil; mendapat hasil: Jeratnya ~. Pancingnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)