| sewa | rent | Wang yang perlu dibayar kerana memakai atau menggunakan sesuatu yang bukan milik sendiri seperti pakaian, kereta, rumah, kedai, atau pejabat. | Sekolah Rendah |
| hutang | debt | Pinjaman yang perlu dibayar oleh seseorang. | Sekolah Rendah |
| cukai | tax | Wang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| liabiliti | liability | Hutang atau tanggungan yang perlu dibayar oleh individu atau sesebuah syarikat kepada pihak yang lain. | Sekolah Rendah |
| cukai perkhidmatan | service tax | Cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel dan restoran makanan segera. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| harga jual | selling price | Harga sesuatu barang yang perlu dibayar oleh pembeli. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| kuasa | power | Nombor yang menunjukkan bilangan kali sesuatu nombor perlu didarab dengan nombor itu sendiri. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| simpanan | saving | Wang atau barang yang disimpan dan digunakan apabila perlu. | Sekolah Rendah |
| faedah | interest | 1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu. | Menengah Atas |
| persamaan kuadratik | quadratic equation | Persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2. | Menengah Atas |