Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
operasi bergabungcombined operationGabungan dua atau lebih operasi matematik dalam satu penyelesaian. Contohnya, 100 − (14 + 16) = 100 − 30 = 70.Menengah Rendah
abadcenturyTempoh selama 100 tahun. Abad dikenali juga sebagai kurun. 1 abad = 100 tahun.Sekolah Rendah
abadcenturyJangka masa 100 tahun.Menengah Atas
abadcenturyJangka masa selama 100 tahun.Menengah Rendah
perpuluhandecimalPerihal pernomboran yang mewakili pecahan dengan penyebutnya 10, 100, 1000 dan seterusnya.Menengah Atas
perpuluhandecimalPerihal pernomboran yang mewakili pecahan dengan penyebutnya 10, 100, 1000 dan seterusnya. Lihat ContohMenengah Rendah
metermetreUnit ukuran bagi panjang. Simbol meter ialah m. 1 m = 100 cm.Sekolah Rendah
kesamaanequalityHubungan antara dua kuantiti atau ungkapan yang sama. Hubungan ini menggunakan simbol =. Contohnya, 1m = 100 cm.Menengah Rendah
CelsiusCelciusSkala suhu untuk menunjukkan keadaan suhu sesuatu objek atau kawasan, yang ditulis dengan simbol °C. Contohnya, takat beku air ialah 0°C dan takat didih air ialah 100°C.Menengah Rendah
nombor indeksindex numberNombor yang menunjukkan ukuran perubahan suatu kuantiti seperti harga barang, gaji, guna tenaga, dan anjakan pengeluaran pada suatu tempoh masa tertentu berbanding dengan nilainya pada waktu asas, 100.Menengah Atas

Kembali ke atas