| pendaraban berulang | repeated multiplication | Proses mendarab dengan angka yang sama berulang kali. Contohnya, 6 × 6 × 6 × 6. | Menengah Rendah |
| kuasa | power | Nombor yang menunjukkan berapa kali sesuatu nombor itu didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa empat bagi 6 ditulis sebagai 64, yang bermakna 6 × 6 × 6 × 6. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| faktor | factor | Nombor bulat yang membahagikan suatu nombor dengan tepat. Contohnya, 12 ÷ 2 = 6, 12 ÷ 6 = 2. 2 dan 6 adalah antara faktor bagi 12. | Menengah Rendah |
| a.m. | a.m. | Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian) yang bermaksud sebelum tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum tengah hari. | Sekolah Rendah |
| sifat kalis sekutuan | associative property | Sifat operasi penambahan yang membolehkan lebih daripada dua angka dicampurkan, tetapi masih menghasilkan jumlah campuran yang sama walaupun berbeza kumpulan angkanya. Contohnya, (3 + 6) + 8 = 3 + (6 + 8). | Menengah Atas |
| tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |
| kubus | cube | Pepejal yang mempunyai 6 permukaan yang semuanya berbentuk segi empat sama. Lihat rajah | Menengah Atas |
| kuboid | cuboid | Pepejal yang mempunyai 6 permukaan yang berbentuk segi empat tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| heksahedron | hexahedron | Polihedron yang mempunyai 6 permukaan. Lihat rajah | Menengah Atas |
| heksagon | hexagon | Poligon yang mempunyai 6 sisi. Lihat rajah | Menengah Atas |