| sifat kalis tukar tertib | commutative property | Sifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama. | Menengah Atas |
| hasil bahagi | quotient | Nilai yang diperoleh apabila satu angka dibahagikan dengan satu angka yang lain. Contohnya, hasil bahagi 64 ÷ 4 ialah 16. | Menengah Atas |
| angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, … | Menengah Atas |
| angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, ialah I, II, III, IV, V, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, … . | Menengah Rendah |
| angka | numeral | Simbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor. Contoh, 1, 2, 3, 4, 5, … dan i, ii, iii, iv, v, ... | Sekolah Rendah |
| penyebut | denominator | Angka atau sebutan yang terletak di bahagian bawah suatu pecahan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| pengangka | numerator | Angka atau sebutan yang terletak di bahagian atas suatu pecahan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| nombor2 | number | Angka atau simbol yang mewakili sesuatu nilai atau kuantiti. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| darab | multiply | Kaedah menambahkan satu angka yang sama beberapa kali. Operasi asas ini ditandakan dengan simbol x. Contohnya, 3 + 3 + 3 + 3 + 3 = 5 x 3 . | Menengah Rendah |
| ganda tiga | triple | Hasil mendarabkan sesuatu angka dengan 3. Contohnya, 5 x 3 bersamaan 15. Oleh itu, 15 merupakan ganda tiga bagi 5. | Menengah Rendah |