| ayat matematik | mathematical sentence | Ayat yang ditulis dalam bentuk nombor dan simbol. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| ayat benar | true sentence | Pernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu. | Menengah Atas |
| pernyataan | statement | Suatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu). | Menengah Atas |
| bina cerita | create story | Mereka cerita berdasarkan ayat matematik. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |